RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Bestari
Tarikh : 25 Julai 2008
Masa : 60 Minit (8.30am – 9.30am)
Bilangan Murid : 25 Orang
Tajuk : ” Peristiwa di Bukit Kencana ”
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :-
i. Membaca teks yang disediakan dengan sebutan,intonasi yang betul dan menarik.
ii. Murid dapat menceritakan semula secara kasar tentang kandungan cerita yang dibaca.
iii. Murid dapat menyatakan pengajaran daripada teks yg dibaca.
Fokus Utama:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
Fokus Sampingan:
2.1 Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan
menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.
Aras 3
1. Menceritakan cerita yang di dengar dan ditonton dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran Bahasa :
Mendengar dan Bertutur, Menulis dan Membaca
Sistem Bahasa :-
Tatabahasa : Kata kerja
Kosa Kata : mandi, mendaki, bernyanyi, berkelah
Pengisian Kurikulum :-
Ilmu : Pendidikan Moral, Kajian Tempatan.
Nilai Murni : tolong-menolong, kasih-sayang, bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah :-
Kemahian Berfikir
- Membuat ramalan
Teori Kecerdasan Pelbagai
- Intrapersonal
- Interpersonal
Belajar Cara Belajar
- Membaca mekanis
- Mencatat.
ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
Soalan :- - Dimanakah kita dapat melihat air terjun? - Bolehkah kita berkelah di kawasan air terjun? - Namakan pusat rekreasi yang terdapat air terjun? | Set Induksi (5 Minit) i. Guru memaparkan gambar air terjun untuk memberi gambaran kepada murid-murid. ii. Guru dan murid-murid bersoal-jawab berdasarkan gambar untuk merangsang pemikiran murid berkenaan tajuk yang akan dipelajari. | Soalan yang ada kaitan dengan gambar dan teks. Kontekstual:- Pengalaman |
Teks ’Peristiwa di Bukit Kencana’. | Langkah 1 (15 Minit) i. Murid diarahkan membaca petikan secara mekanis untuk mengetahui isi kandungan cerita tersebut. ii. Murid menggariskan perkataan dan frasa yang susah difahami. Murid berbincang dengan guru tentang perkataan tersebut. iii. Murid mencatat kata kerja berdasarkan petikan yang dibaca | Bacaan secara mekanis. Kosa kata – menikmati, terkapai-kapai, kelemasan |
| Langkah 2 (20 Minit) i. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan untuk diberikan tugasan ( Mencari huraian berkenaan Kata Kerja) ii. Murid akan mencari bahan menggunakan internet dan menyimpannya di dalam folder. iii. Guru memberikan laman web yang boleh digunakan untuk mencari bahan. Contoh dapatan oleh guru dari internet adalah seperti :- Kata Kerja iv. Murid haruslah melakukannya secara kumpulan supaya dapat menjimatkan masa. v. Guru akan membuat pemantauan untuk mengelakkan murid membuka laman web yang tidak berkaitan. | Penerokaan Kinestetik Membaca, mencari, menyampaikan maklumat BBM: Komputer Internet Murid bekerjasama untuk mencari maklumat Nilai: Kerjasama Peka terhadap persekitaran Merapatkan silaturahim |
Penilaian dari segi:- Membaca Intensif | Langkah 3 (15Minit) i. Murid mengadakan perbincangan kumpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada internet. ii. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan kumpulan mereka kepada guru dan rakan-rakan di hadapan kelas. iii. Murid lain diminta memberi perhatian dan mendengar pembentangan rakan mereka. iv. Guru membetulkan ayat murid dengan betul dan membantu murid memperkemaskan lagi hasil pembentangan mereka. | KB: Menjana idea Nilai: Berani |
Penutup Kognitif Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tadi? | Penutup (5 Minit) i. Murid diminta menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks. ii. Guru membuat penutup kognitif iii. Guru memberikan kerja rumah kepada murid. | Kata Kerja:- - mendaki, berkelah, memanggil dll |
Video Air Terjun
No comments:
Post a Comment