Peristiwa di Bukit Kencana .
Pada pagi hari Sabtu yang lalu Ali, Ah Chong dan Maniam pergi berkelah di kawasan air terjun Bukit Kencana. Mereka mendaiki bukit menuju ke kawasan air terjun itu sambil bernyanyi dengan riangnya.
Mereka tiba di kawasan air terjun itu pada pukul 10.00 pagi. Tanpa mengira penat Maniam terus pergi mandi di air terjun itu. Dia mengajak Ali dan Ah Chong mandi bersamanya tetapi mereka hendak berehat dahulu. Sedang Ali dan Ah Chong makan bekalan yang mereka bawa, tiba-tiba mereka terdengar orang meminta tolong dan memanggil nama mereka.
Ali terus pergi ke tepi air terjun kerana dia tahu suara itu adalah suara Maniam. Ali ternampak Maniam hampir tenggelam. Ali dan Ah Chong segera maminta bantuan.
Nasib mereka baik kerana ada sekumpulan askar sedang berkemah tidak jauh dari situ. Mereka datang menyelamatkan Maniam.
No comments:
Post a Comment