Air Terjun
Air terjun di sini adalah sesuai bagi tujuan santai & rekreasi termasuk bermandi manda dan berkelah. Pelbagai aktiviti berfaedah boleh dilakukan sambil mendekati, mengenali serta menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Mempunyai kolam-kolam mandian yang luas serta bertingkat dan dihampari batu-batu besar sebagai suatu lanskap yang menyerikan lagi di sini. Amat sesuai untuk bermandi-manda. Bagi mereka yang tidak tahu berenang, awas merbahaya. Berhati-hati serta sentiasa mengikut arahan yang telah ditetapkan dan bagi yang membawa keluarga terutama anak-anak kecil, sentiasalah beringat dan berwaspada ditempat-tempat licin dan merbahaya.
No comments:
Post a Comment